Followers

Powered by Blogger.
RSS

Saturday 28 July 2012

ramadhan ya ramadhan

SELAMAT DATANG BULAN MULIA....MAYSAALLAH,....ALLAHUAKBAR..ALHAMDILLAH...

dah lama tak update blog baru sekarang teringat ada blog.....hamba bukan  apa seblum ini ana tulis banyak peringatan....dan ada satu ketika itu tengah sibuk menulis tiba-tiba terus terpanah hati ana...apakah aku sudah mengamalkan apa yang aku tulis...maysaALLAH....

bermula dari situ hamba ini belajar dan diberi kefahaman.....x mo panjang-panjang....
apa nak ucap moga kedatangan ramdhan kali ini lebih baik dari sebelumnya marilah sama2 kita amalkan dan berlumba,,lumba......

siapa yang akan mendapat pembebasan dari api neraka beliaulah orang yang BERJAYA !!!!

Tuesday 8 November 2011

berhakah aku sombong.....

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Monday 7 November 2011

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

HARI YANG PENTING DALAM ISLAM

1.MUHARRAM(29 HARI)
-1 muharram: awal hijrah
-10 muharram: hari asyura
-hari kematian saidina hussen bin ali,cucu rasululllah SAW

2.SAFAR(29 HARI)

3.RABIUL AWAL(29HARI)
- 1 rabiul awal:nabi muhammad dilantik menjadi rasul
-2,3,4 rabiulawal: rasullullah bersembunyi di gua hira
-8 rabiul awal:pembinaan masjid quba,masjid pertama dalam sejarah islam
-12 rabiul awal: hari keputeraan baginda rasul
-12 rabiul awal: hari kewafatan baginda rasul

4.RABIUL AKHIR(30 HARI)
-berlakunya perang jamal.perang saudara pertama dalam islam

5.JAMADIL AWAL(29HARI)
-8 jamadil awal: hari kelahiran saidina ali bin abi talib

6.JAMADIL AKHIR(30 HARI)
-8 jamadil akhir: saidina umar dilantik menjadi khalifah II
-20 jamadil akhir: tarikh kelahiran siti fatimah
-28 jamadil akhir: wafatnya saidina abu bakar

7.REJAB(30 HARI)
-26-27 rejab: israk mikraj

8. SYAABAN(30 HARI)
-14 syaaban: malam nisfu syaaban
-15 syaaban: pertukaran kiblat dari masjid al-aqsa ke kaabah masji al-haram mekah

9.RAMADHAN(29/30 HARI)
-8 ramadhan tahun 2:perang badar
-10 ramadhan tahun 10: pembukaan mekah
-17 ramadhan: ayat al quran pertama diturunkan di gua hira
-17 ramadhan tahun ke 40: pembunuhan saidina ali di kufah

10.SYAWAL(29 HARI)
- 1 syawal: hari raya aidilfitri
-5 syawal tahun ke 5: perang uhud

11.ZULKAEDAH(30 HARI)
-berlakunya haji wida rasulullah bersama 100000 org rombongan

12.ZULHIJAH(30 HARI)\
- 8 zulhijjah: hari wida nabi yang terakhir
-akhir zulhijjah 23H: siadina omar al khattab mati dibunuh
-18 zulhijjah 23H-saidina othman mati dibunuh
-27 zulhijjah 132H- jatuhnya kerajaan bani umaiyyah

waallahualam

Sunday 3 July 2011

7 perkara ganjil




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri
kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa
dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan
keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji
itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap
kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu
malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa
terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi
membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli
ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah
mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya,
wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.
Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang
lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa
sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak
daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai
anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya
Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibu bapanya."

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya" sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran
dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa
melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,"
jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula
kubur itu, kulihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi
air hitam yang amat busuk baunya,"

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu
hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan
kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun
sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.

Saturday 2 July 2011

JENIS-JENIS MANUSIA......

ASSALAMUALAIKUM....masyaALLAH ana hampir lupa ana ada blog hehehe

manusia mudah lupa...itulah yang sesuai dikata pada diri yang kerdil ini....
manusia juga mudah alpa sebab itu diri yang kerdil ini selalu dan perlu di tarbiah sepanjang masa....
masih banyak yang perlu diperbaiki oleh diri yang kerdil ini.....masyaALLAH...
aku hamba MU yang hina...ampunkan aku setiap salah dan silap.....

tersentak dengan ini ana memohon keberkatan untuk menyalin artikel berkaitan dengan jenis-jenis manusia....


Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari
Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang
Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang
itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka
akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang
seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan
terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan
mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak
dan keampunanNya.


Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

Friday 22 April 2011

pelajaran cikgu.....


seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya.
Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu
berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada
kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam,
maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja
murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa
saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang
bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian,
musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk
menukarkan
sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama
mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun
kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan
etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex
sebelum nikah
menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi
suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa
disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.Paham?" tanya Guru kepada
murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan
lain-lain.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam
tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya
mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan
mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir,
sehingga anda tidak sedar."

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak
akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan
anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah
yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani
terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka."Sesungguhnya dahulu
mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,Perang Tartar, dan
lain-lain.
Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang
perlahan-lahan,
mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak
terang-terangan,
mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat
belajar mereka dengan
pikiran masing-masing di kepalanya...

mudah2an kita semua dapat menghindari tipu daya musuh....