Followers

Powered by Blogger.
RSS

Sunday 3 July 2011

7 perkara ganjil




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri
kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa
dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan
keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji
itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap
kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu
malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa
terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi
membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli
ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah
mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya,
wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.
Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang
lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa
sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak
daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai
anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya
Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibu bapanya."

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya" sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran
dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa
melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,"
jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula
kubur itu, kulihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi
air hitam yang amat busuk baunya,"

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu
hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan
kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun
sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.

Saturday 2 July 2011

JENIS-JENIS MANUSIA......

ASSALAMUALAIKUM....masyaALLAH ana hampir lupa ana ada blog hehehe

manusia mudah lupa...itulah yang sesuai dikata pada diri yang kerdil ini....
manusia juga mudah alpa sebab itu diri yang kerdil ini selalu dan perlu di tarbiah sepanjang masa....
masih banyak yang perlu diperbaiki oleh diri yang kerdil ini.....masyaALLAH...
aku hamba MU yang hina...ampunkan aku setiap salah dan silap.....

tersentak dengan ini ana memohon keberkatan untuk menyalin artikel berkaitan dengan jenis-jenis manusia....


Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari
Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang
Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang
itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka
akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang
seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan
terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan
mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak
dan keampunanNya.


Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani